Berikut merupakan beberapa isu yang menjadi asas terhadap kajian teknologi perubatan elektronik.
1. Asas Tenaga
Kajian terhadap teknologi konvensional menunjukkan jisim (mass) digunakan sebagai punca kepada sesuatu tenaga. Asas teknologi ini bertepatan dengan teori relativiti yang dikemukan oleh Albert Enstein E = mc2. Persamaan ini menunjukkan tenaga hanya boleh terhasil dengan adanya jisim (mass). Peningkatan tenaga perlu diikuti oleh peningkatan jumlah jisim yang digunakan. Persamaan ini didapati tidak tepat memandang-kan tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang bersifat "microscopic particle" (e=hf) seperti yang dijelaskan oleh Max Planck. Kajian ini menjelaskan bahawa tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang tidak bersifat jisim (mass).
2. Kesan Sampingan
Penggunaan jisim sebagai punca tenaga merupakan antara punca kepada berlakunya masalah kesan sampingan. Kajian memperlihatkan bukan semua kandungan yang terdapat di dalam jisim baik untuk kesihatan. Di dalam herba yang dianggap baik pun terdapat juga unsur-unsur yang boleh merbahayakan kesihatan, seperti "steroid" dan sebagainya, Peratusannya yang kecil menyebabkan ia tidak mendatangkan sebarang kesan merbahaya di dalam jangka masa pendek tetapi boleh mendatangkan kesan membahaya pada jangka-masa panjang. Penggunaan ubatan seperti antibiotik, X-ray, vaksinasi dan seumpamanya juga telah dibuktikan memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.
3. Mekanisma Rawatan
Kaedah perubatan konvensional hanya menyentuh aspek anatomi dan physiologi sahaja, manakala aspek spiritual tidak diambil kira. Kajian menunjukkan setiap kejadian terdiri dari dua unsur iaitu jisim dan gelom-bang, sama seperti unsur yang terdapat di dalam semua hidupan iaitu jasad dan roh. Kajian terhadap ilmu perubatan homeopathy yang diasaskan oleh Samuel Hahneman berasaskan kitab Ibnu Sina juga menjelaskan tubuh manusia terdiri dari dua unsur iaitu tubuh kasar dan tubuh halus. Beliau juga menjelaskan bahawa gangguan terhadap tubuh halus juga akan memberi kesan terhadap tubuh kasar. Ini menunjukkan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.
4. Rawatan Terhadap Simptom
Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap puncanya dan bukan terhadap simptomnya semata-mata. Rawatan terhadap simptom hanya bersifat sementara sahaja, contohnya rawatan terhadap penyakit diabetes dengan menggunakan insulin sintetik hanya bersifat sementara. Pesakit terpaksa bergan-tung kepada ubat sehingga akhir hayatnya. Punca yang tidak dirawat akan menyebabkan ia bertambah kronik dan mewujudkan pelbagai penyakit baru dalam jangkamasa panjang.
5. Masalah Penyakit Yang Tiada Penawar
Kaedah perawatan moden telah mengklasifikasikan sesetengah penyakit sebagai tiada ubat. Pendapat ini amat bercanggahan dengan apa yang telah disabdakan Nabi Muhammad s.a.w bahawa "Semua penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut dan tua". Kegagalan menemui penawar bukan bermaksud tiada penawar, mungkin kaedah yang digunakan tidak bertepatan dengan fitrahnya.
6. Kajian Terhadap Fitrah Kejadian Manusia
Manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsur jasad dan roh. Proses kehidupan ditunjukkan melalui gabungan kedua-dua unsur ini, manakala proses kematian ditunjukkan melalui perpisahannya. Hubungan yang sama juga terdapat pada unsur jisim yang mempunyai kembarannya (duality) dalam bentuk gelombang. Keupayaan unsur gelombang bertindakbalas terhadap unsur jisim menjadikannya sebagai dasar kepada teknologi perubatan elektronik.
*dipetik dari manual perniagaan Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd

0 comments:
Post a Comment