19.4.09

Doa Meminum Air Zam-Zam

Air Zam-zam diakui sebagai air mineral terbaik yang ada di dunia ini, namun untuk dapat menyembuhkan penyakit tidak bererti begitu saja diminum terus dapat menyembuhkan, sebab yang menyembuhkan bukanlah sifat airnya, yang menyembuhkan adalah rahmat Allah yang diturunkan melalui air Zam-zam untuk hamba-Nya yang dipilih kerana ketaqwaannya. Oleh itu tertib meminum air Zam-zam harus dipenuhi, dengan diawali membaca niat secara ikhlas, kemudian menghadap ke arah qiblat membaca doa dengan penuh keyakinan akan dikabulkan, sesuai dengan niat kita.


Rasulullah saw bersabda:
Air Zam-zam berkhasiat, sesuai dengan niatnya (niat yang akan meminumnya).


Adab meminum air Zam-zam:
Berdoa sebelum meminum air Zam-zam sambil menghadap ke qiblat.


Contoh doa sebelum minum air Zam-zam:
Allohuma inni as-aluka ‘ilman naa-fi’an, wa-rizqon waa-si’an, wa-syifaa-an min kulli daa-in wa-saqomin … biroh-matika yaa arhamar-roohimiin.
Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang banyak, serta kesembuhan dari sakit dan penyakit … wahai Zat Yang Maha Pengasih.


2 comments:

khirolazim said...

Salam Bro Zany,
saya baru je buka service center kat kulim, kedah. blog bro ni memang hebat dan banyak info. saya baru je buat blog pasal ecpi ni...kalau boleh tolong beri tunjukajar mcm mana nak buat blog saya jadi hebat mcm blog bro ni...
satu lagi mintak izin nak copy n paste artikel bro masuk kedalam blog saya... dah terambik satu... link saya: www.ecpikulim.blogspot.com

salam.
khirol azim

Zany 0123771827 said...

Salam Khirol Azim

Tiada masalah untuk gunakan artikel di sini. Lagipun maklumat ini saya dapat dari Gesundheit dan juga rakan2. Banyak lagi maklumat untuk dimuatkan tapi masa tidak mengizinkan. InsyaAllah, akan saya muatkan banyak info di sini.

Post a Comment