5.7.09

Restoran Jayati


Restoran Jayati di Seksyen 17 (imej di atas) Shah Alam diusahakan oleh Pn. Hadijah Ali dan 3 orang anaknya. Pn. Hadijah merupakan salah seorang pengusaha makanan di Shah Alam yang terawal. Bermula dengan warung sederhana di Seksyen 2 yang menjual nasi ayam pada awal tahun 80an, Restoran Jayati telah berkembang kepada restoran yang menyediakan pelbagai makanan khususnya makanan tradisional melayu. Selain dari nasi ayam, Restoran Jayati juga menyediakan nasi beriani ayam, daging dan kambing. Pemilihan rempah ratus, bahan masakan, beras dan sebagainya adalah dari yang berkualiti tinggi.

Pengunjung Restoran Jayati juga boleh menikmati perkhidmatan internet melalui WiFi percuma yang disediakan. Restoran Jayati juga menerima tempahan katering untuk majlis perkahwinan, rumah terbuka, majlis tahlil dan lain-lain. Sila hubungi tel 0355191069 untuk membuat tempahan.



Restoran Jayati di Seksyen 13 (imej di atas) Shah Alam adalah salah satu cawangan terbaru dari 5 cawangan yang beroperasi di sekitar Shah Alam dan Subang. Jaya Ia adalah untuk menggantikan cawangan di Seksyen 7. Cawangan Seksyen 7 terpaksa berhenti operasi kerana kadar sewa yang tidak munasabah dinaikkan oleh tuan tanah. Cawangan baru ini terletak di belakang premis Tesco Extra (dahulunya dikenali sebagai Makro) dan berhampiran dengan pejabat urusan Les Copaque Sdn Bhd, syarikat animasi yang menghasil karektor/filem Upin dan Ipin.

Restoran Jayati kini juga membekal air ecpi untuk penduduk di sekitar Seksyen 17 dan 13.

0 comments:

Post a Comment