
Harian Metro 25 April 2009
MIMI seorang wanita berkerjaya dan jarak dan rumah ke tempat kerjanya mengambil masa hampir sejam perjalanan. Kerjayanya memerlukan dia berjumpa orang ramai dan Mimi perlu tampil menarik sepanjang masa
Namun kerana kesibukan kerja serta tiada sempat berdandan setiap pagi, penampilan Mimi hanya ala kadar dan tidak sehebat rakan wanita lain yang tampil dengan gaya meyakinkan.
Mimi sering rendah diri bukan kerana dia tidak mampu membeli pakaian cantik sebaliknya kerana kulitnya agak kusam serta dia tidak tahu menyembunyikan kekurangan pada wajahnya itu.
Oleh itu, dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik kerana kurang yakin penampilan diri serta tidak tahu bagaimana menyerikan wajahnya tanpa perlu menggunakan solekan tebal.
Suatu hari, sewaktu Mimi berkunjung ke sebuah pasar raya, dia dihampiri seorang wanita yang menyapanya penuh mesra, namun Mimi tidak mengenali wanita bekenaan. Alang terkejunya Mimi apabila mendapati wanita itu ialah Lisa, teman lamanya ketika di kolej dulu. Raut wajah Lisa begitu berseri dan licin sekata.
Lisa yang satu ketika dulu dikenali dengan identiti jerawat batunya kini tampil dengan penampilan berbeza dan yang menghairankan Mimi, Lisa tidak menggunakan solekan tebal.
Puas bertanya. akhirnya Lisa sudi berkongsi rahsia kecantikannya. Dengan hanya menggunakan ECPI Anggun, Lisa tidak lagi perlu berdiri lama di hadapan cermin untuk menutup cela pada wajahnya. Tidak percaya dengan pengakuan itu, Mimi membuat keputusan mencuba sendiri ECPI Anggun.
Selepas beberapa hari menggunakan produk itu, Mimi mampu tersenyum puas perbezaan pada wajahnya jelas ketara. Sejak itu, Mimi lebih yakin ke pejabat, malah tidak rasa rendah diri lagi berhadapan orang ramai
Sejak menggunakan ECPI Anggun, Mimi tidak perlu berbelanja banyak wang untuk membeli produk kecantikan berbeza kerana ECPI Anggun berfungsi melakukan tugas yang dilaksanakan pelbagai produk kecantikan.
Mimi tidak perlu membeli pencuci muka, skrub, penyegar, pelembap, pelindung matahari atau krim jerawat.
Dengan harga RM89.90 sebotol, produk berkenaan thong ternyata mengubah gaya hidup Mimi. Dia tidak perlu lagi bimbang jika tidak sempat bersolek sekiranya lewat ke pejabat kerana ia boleh dilaKukan dalam masa beberapa saat sahaja.
ECPI Anggun produk kecantikan yang dihasilkan oleh Gesundheit Sdn Bhd sebagai langkah membantu kaum wanita terutama untuk mengekalkan kecantikan dan penampilan mereka.
la berfungsi sebagai elemen dandanan dan kecantikan yang terkandung dalam satu produk. Malah, pelbagai vitamin yang dihasilkan daripada gelombang tenaga bahan perawatan dan penjagaan kecantikan.
Pengarah Urusannya, Zahari Saad, berkata ECPI Anggun bukan saja berfungsi sebagai produk mencantikkan wajah sebaliknya turut membantu mengekalkan kesihatan pengguna. "ECPI Anggun produk bebas campuran bahan kimia berbahaya dan secara tidak langsung melindungi wajah daripada kesan sampingan yang memudaratkan." katanya.
Selain itu, Zahari berkata, istimewanya produk ini ia bukan saja boleh digunakan sebagai kosmetik malah turut menjadi ubat untuk masalah kulit yabg lain.
"Kadangkala kita akan diserang gatal-gatal akibat gigitan serangga dan produk ini boleh membantu mengatasinya dengan hanya menyapu beberapa titisan pada bahagian yang terjejas." katanya.
Orang ramai yang berminat mendapat maklumat lanjut berkenaan dengan produk ini boleh mengunjungi laman web www.ecpishahalam.com atau menghubungi talian 012-3771827
